KUALALUMPUR (Waspada); Kolaborasi antara Kolej Antarabangsa Inovatif (IIC) dengan Kementerian Tenaga Kerja Republik Indonesia (Kemnaker) Indonesia dan Polimedia Indonesia adalah bertujuan untuk meningkatkan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi kedua negara Malaysia Indonesia .
Kolej Antarabangsa Invatif (IIC) adalah sebuah Institusi Pendidikan Tinggi berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia dengan sukacitanya mengumumkan kolaborasi bekerjasama dengan Kementerian Tenaga Kerja Republik Indonesia (Kemnaker) dan Polimedia Indonesia dalam membangunkan dan melaksanakan program berinovatif dalam bidang pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET). Kerjasama ini bertujuan untuk menangani permintaan yang semakin meningkat untuk pekerja teknikal mahir di Indonesia serta meningkatkan kesiapan negara untuk era Industri 4.0.
Kerjasama ini juga akan memperkenalkan program latihan yang komprehensif di mana menggabungkan kepakaran dari Kolej Antrabangsa Inovatif, Kemnaker, dan Polimedia Indonesia dalam menyampaikan program pendidikan dan latihan vokasional (TVET) berkualiti tinggi. Bagi mereallisasi kerjasama ini, kepakaran tenaga pengajar dari Kolej Antarabangsa Inovatif (IIC) akan bekerjasama dengan Kemnaker dan Polimedia Indonesia untuk membangunkan kurikulum dan metodologi baru, di mana para pelajar dapat memperoleh pengetahuan dan pengalaman praktikal dalam bidang hospitaliti, perhotelan, literasi digital, peruncitan, pengurusan haji dan umrah dan beberapa program yang lain yang menjadi pilihan masa kini bagi memenuhi keperluan negara.
Kerjasama ini juga memberikan peluang kepada para pelajar Indonesia yang mencari pengalaman pendidikan tinggi di luar negara untuk mendaftar dalam persekitaran pembelajaran yang kondusif dan Kolej Antarabangsa Inovatif bersedia untuk menerima para pelajar dari negara Indonesia di mana mereka bukan sahaja akan menimba pengalaman baru dan pendidikan tinggi di luar negara tetapi juga akan mendapat manfaat daripada tawaran akademik dan kepakaran institusi dalam teknologi dan inovasi.
“Kami gembira dapat bergabung dengan Kemnaker dan Polimedia Indonesia dalam kerjasama ini yang akan memberi manfaat kepada pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional di Indonesia,” kata Puan Shahawati Binti Umar , Presiden Kolej Antrabangsa Inovatif. “Kerjasama ini adalah merupakan peluang terbaik untuk Kolej Antarabangsa Inovatif (IIC) untuk memperluaskan jangkauan dan impak global serta menyumbang kepada pembangunan negara.”(m28)
teks foto
Puan Shahawati Binti Umar , Presiden Kolej Antrabangsa Inovatif