Konjen Malaysia, Shahril Nizam Abdul Malek mengantar langsung bantuan kemanusiaan Peduli Bencana Banjir (P2B2) dikirim ke Tanjung Pura, Langkat, Sumatera Utara, oleh Konjen Malaysia disokong diaspora Malaysia serta Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) yang berada di Medan, mengantarkan bantuan untuk korban banjir warga Tanjung Pura , Langkat, Kamis (4/12). Waspada.id /Muhammad Faisal
LANGKAT (Waspada.id) : Konsulat Jeneral (Konjen) Malaysia di Medan “Peduli Banjir” beri langsung bantuan kemanusiaan untuk korban banjir bandang yang menghantam wilayah Sumatera Utara. Program Peduli Bencana Banjir (P2B2) dikirim ke Tanjung Pura, Langkat, Sumatera Utara, Oleh Konjen Malaysia disokong diaspora Malaysia serta Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) yang berada di Medan, Kamis (4/12).
“Tanjung Pura dipilih sebagai lokasi utama program berikutan, kisah luar biasa masyarakat setempat sewaktu banjir besar yang melanda pada 27 November 2025, diterima langsung Bapak Mawardi dan beberapa warga tempatan menunjukkan sifat kemanusiaan yang amat tinggi kepada pasangan rakyat Malaysia, Encik Muhammad Nasim Hashim dan isteri beliau, Puan Siti Rusna Mohd Saad, yang terkandas selama hampir tiga hari di kawasan tersebut,” ungkap Konjen Malaysia, Shahril Nizam Abdul Malek, saat menyerahkan bantuan berbagai keperluan masyarakat korban banjir di Tanjung Pura, Langkat.

Menurutnya, dalam keadaan serba kekurangan, keluarga tersebut telah berkongsi makanan, menyediakan tempat berteduh, dan bahkan membina sebuah sampan “DIY” menggunakan tong dram untuk membawa keluar daripada kawasan banjir.
“Keseluruhan proses penyediaan dan pembungkusan barangan bantuan ini dilaksanakan secara gotong-royong di Dewan Utama Konsulat Jeneral Malaysia di Medan bagi menghasilkan sembako atau sumbangan barangan asas kepada lebih 200 keluarga di Tanjung Pura. Terdapat 18 jenis barangan asas yang akan diberikan termasuk beras, minyak masak, gula, garam, tepung, dan makanan kering lain,” jelasnya.
Program kemanusiaan ini diawali dengan upacara pengibaran bendera oleh Konsul Jeneral Malaysia di Medan pada jam 8.00 pagi, sebelum konvoi bergerak dari pejabat Konsulat Jeneral langsung mengantarkan bantuan ke Tanjung Pura, Langkat.

Setibanya di lokasi, rombongan misi telah disambut oleh Bupati Langkat, Kepala Desa Tanjung Pura, serta wakil dari Polres Langkat, mengapresiasi penghargaan terhadap usaha kemanusiaan yang dilaksanakan oleh Konsulat Jeneral Malaysia di Medan dan komuniti Malaysia.
“Konsulat Jeneral Malaysia di Medan percaya bahawa program sebegini bukan sahaja memberi manfaat kepada masyarakat terkesan, tetapi turut memainkan peranan penting dalam mengukuhkan hubungan rakyat-ke-rakyat (people-to-people ties) yang menjadi asas kekuatan hubungan dua hala Malaysia–Indonesia. Melalui inisiatif seperti P2B2, Konsulat berhasrat untuk terus mempererat hubungan diplomatik yang telah lama terjalin, memperkukuh jalinan mesra antara rakyat kedua-dua negara, serta menyemai nilai saling menghormati dan membantu dalam menghadapi waktu sukar,” pungkasnya.(id12)












