Scroll Untuk Membaca

MedanInternasional

Majelis Berbuka Puasa Dan Santunan Anak Yatim

Kecil Besar
14px

MEDAN, ( Waspada); Konsulat Jeneral Malaysia (KJM) di Medan, Republik Indonesia telah mengadakan
Majlis Berbuka Puasa dan Santunan Anak-anak Yatim pada 5 April 2024 bersamaan 25
Ramadan 1445.
Pada majlis ini seramai 20 anak-anak yatim daripada Yayasan Al-Kahfi di Kota Medan
telah diraikan oleh En. Shahril Nizam Abdul Malek, Konsul Jeneral Malaysia di Medan
bersama-sama pegawai-pegawai Home-based staff dan keluarga, serta kakitangan
ambilan tempatan di KJM Medan. Seramai 10 orang wakil Persatuan Kebangsaan
Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) juga turut dijemput ke majlis ini.

Majelis Berbuka Puasa Dan Santunan Anak Yatim


Majlis telah dilaksanakan secara bersama oleh Kelab Sukan, Kebajikan, Rekreasi dan
Sosial KJM Medan dan Persatuan Wanita Kementerian Luar (Perwakilan) Medan. Ini
merupakan sebahagian daripada pengisian bulan Ramadan yang telah dirancang oleh
Biro Agama Kelab Sukan, Kebajikan, Rekreasi dan Sosial yang diketuai oleh Leftenan
Komander Shahrizan Sahari, Pegawai Perhubungan Tentera Laut DiRaja Malaysia
(TLDM). Antara pengisian lain yang telah dijalankan semasa bulan Ramadan ini adalah
tadarus Al-Quran dan sesi pembayaran zakat fitrah di KJM Medan.

Scroll Untuk Lanjut Membaca

Majelis Berbuka Puasa Dan Santunan Anak Yatim

IKLAN
Majelis Berbuka Puasa Dan Santunan Anak Yatim


Majlis Berbuka Puasa dan Santunan Anak-anak Yatim ini merupakan satu usaha untuk
menyemarakkan lagi semangat Ramadan dengan mengeratkan lagi silaturahmi. (andi)

Majelis Berbuka Puasa Dan Santunan Anak Yatim
Update berita terkini dan berita pilihan kami langsung di ponselmu. Pilih saluran favoritmu akses berita Waspada.id WhatsApp Channel dan Google News Pastikan Kamu sudah install aplikasi WhatsApp dan Google News.

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

*isi komentar sepenuhnya adalah tanggung jawab pengguna dan diatur dalam UU ITE