Scroll Untuk Membaca

InternasionalMedan

Presiden ISWAMI Malaysia: HPN Medan Membuka Ruang mesra Antara Bangsa

Presiden ISWAMI Malaysia: HPN Medan Membuka Ruang mesra Antara Bangsa
Kecil Besar
14px

MEDAN (Waspada) : Presiden Ikatan Setia Kawan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI) Malaysia Datuk Mokhtar Hussein, akan menghadiri puncak Hari Pers Nasional (HPN) di Kota Medan, Sumatera Utara, 9 Februari 2023.

Scroll Untuk Lanjut Membaca

Presiden ISWAMI Malaysia: HPN Medan Membuka Ruang mesra Antara Bangsa

IKLAN

“HPN adalah festival atau dianggap perayaan kedua terbesar di Indonesia selepas
Aidilfitri, dengan dihadiri lebih 6,000 pengamal media dari seluruh Indonesia, jemaah
Menteri Kabinet Indonesia, Duta-Duta asing di luar dan di Indonesia termasuk Duta Besar
Malaysia di Jakarta, tokoh-tokoh korporat, konglomerat dan pemimpin dan penduduk
setempat tuan rumah,” ungkap Presiden ISWAMI Malaysia Datuk Mokhtar Hussein dalam keterangan tertulisnya diterima Waspada, di Medan, Senin (6/2/2023).

Menurut Datuk Mokhtar Hussein, HPN adalah sambutan ulangtahun Hari Wartawan yang diraikan oleh pengamal
media seluruh Indonesia pada setiap 9 Februari di bandaraya atau kota di provinsi
berlainan setiap tahun sejak 1985.


HPN mula disambut selepas Kerajaan Indonesia di bawah pimpinan Presiden
Soeharto (pada 23 Januari 1985), mengiktiraf peranan wartawan dengan mengisytiharkan
‘bahwa Pers Nasional Indonesia mempunyai sejarah perjuangan dan peranan penting
dalam melaksanakan pembangunan sebagai pengamalan Pancasila’,” kisah Datuk Mokhtar Hussein.

Lebih lanjut Datuk Mokhtar Hussein mengatakan, HPN dilaksanakan secara bersama antara komponen media, masyarakat,
pemerintah pusat (Kerajaan) dan pemerintah provinsi serta daerah yang menjadi tuan
rumah dan dimandatkan dirasmikan oleh Presiden Indonesia.

Dikatakannya, Dewan Pers dan Persatuan Wartawan Indonesia (PWI) selaku penganjur utama
HPN, telah menghantar surat undangan kepada Menteri Komunikasi dan Digital bagi
menghadiri HPN 2023. Dihantar semasa Kunjungan Hormat ISWAMI Malaysia dan
Indonesia pada 18 Januari 2023, di pejabat YBM KKD, yang turut dihadiri Presiden
ISWAMI Malaysia Datuk Mokhtar Hussein dan Presiden ISWAMI Indonesia Bapak Asro
Kamal Rokan, dan Ketua Pegawai Eksekutif BERNAMA Tuan Roslan Ariffin.

“Menteri-Menteri berkaitan penerangan, media dan komunikasi Malaysia juga
pernah diundang dan menghadiri ke HPN ialah YB Tan Sri Rais Yatim, YB Datuk Zainuddin
Maidin, YB Datuk Seri Shabery Cheek, YB Datuk Seri Salleh Said Keruak dan YB Tan Sri
Annuar Musa. ISWAMI) Malaysia juga
di undang setiap tahun sebagai tetamu mewakili media Malaysia untuk program HPN,” ujarnya.

Datuk Mokhtar Hussein menjelaskan, ISWAMI berperanan sebagai jambatan kepada hubungan media Malaysia dan
Indonesia menangani isu-isu sensitif dan berkepentingan bersama, pengantara kepada
hubungan dua hala “Government to Government”, “people to people” dan “media to
media”.

“Penyertaan Menteri Komunikasi dan Digital ke HPN akan mengukuh dan
mengeratkan lagi hubungan akrab Malaysia dan Indonesia selain memberi
penghormatan pada kerjasama rapat di antara media Malaysia dengan Indonesia.
Menteri Komunikasi dan Digital adalah satu-satunya menteri komunikasi negara
luar yang diundang untuk menghadiri HPN, sekalipun menurut Dewan Pers, terdapat
banyak permintaan daripada menteri-menteri komunikasi dari negara Asean yang lain
untuk menghadiri HPN berkenaan. Undangan ini merupakan satu penghormatan besar
kepada Kerajaan Malaysia,” kata Datuk Mokhtar Hussein.

Menurutnya, Menteri Komunikasi dan Digital sebagai wakil kerajaan Malaysia adalah menjadi
pengantara dan penghubung dengan Kerajaan dan media Indonesia dalam menangani
perihal penerangan dan komunikasi dalam isu-isu dua hala di peringkat nasional dan
antarabangsa.

Penyertaan ke HPN sambung Datuk Mokhtar Hussein, membuka peluang dan ruang pada Menteri Komunikasi dan
Digital untuk menyampaikan dasar-dasar semasa berkaitan Kerajaan baharu Malaysia
kepada media Indonesia. Kebiasaannya sesi dialog atau pertemuan bersama pimpinan
utama media Indonesia akan diselenggarakan oleh ISWAMI.

Penyertaan Menteri Komunikasi dan Digital juga menjuruskan kepada pertemuan
empat mata bersama Menteri Komunikasi dan Informatika Indonesia, di mana kedua-dua
pihak berpeluang mengenali rapat antara satu sama lain dan berbincang hal-hal rasmi
dan kerjasama media antara kedua-dua negara.

“Penyertaan Menteri Komunikasi dan Digital ke HPN akan meneruskan tradisi menteri-
menteri sebelumnya untuk sentiasa memelihara, menjalin dan mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua negara Malaysia dan Indonesia di peringkat Kerajaan, Media
dan Rakyat. Ini juga memberi peluang kepada Menteri Malaysia dan Indonesia untuk
mengenali secara rapat atau personal serta membuka ruang komunikasi yang lebih
mesra terutama apabila berlaku peralihan Kerajaan seperti berlaku di Malaysia atau
pertukaran Menteri di kedua-dua negara,” pungkas Datuk Mokhtar Hussein. (m28)

Presiden ISWAMI Malaysia: HPN Medan Membuka Ruang mesra Antara Bangsa
Update berita terkini dan berita pilihan kami langsung di ponselmu. Pilih saluran favoritmu akses berita Waspada.id WhatsApp Channel dan Google News Pastikan Kamu sudah install aplikasi WhatsApp dan Google News.

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

*isi komentar sepenuhnya adalah tanggung jawab pengguna dan diatur dalam UU ITE