Breaking News
Memuat breaking news...

Masjid Zahir di Alor Setar, Kedah Terinspirasi dari Masjid Azizi di Tanjung Pura, Langkat

Redaksi
Redaksi
Kamis, 15 Oktober 2026 - 6.34 AM WIB
Masjid Zahir di Alor Setar, Kedah Terinspirasi dari Masjid Azizi di Tanjung Pura, Langkat
Eksklusif di WhatsApp
Dapatkan berita terkini langsung di layar HP Anda
Waspada+ Gabung
Reading Comfort
adjust the font size
Advertisement

Alor Star (Waspada.id); Masjid Zahir di Alor Setar, Kedah dan Masjid Azizi di Tanjung Pura, Langkat (Sumatera Utara) mempunyai hubungan sejarah dan seni bina yang erat. Arsitektur Masjid Azizi menjadi sumber inspirasi utama bagi pembangunan Masjid Zahir.

Tapak Asal: Tapak masjid ini asalnya adalah sebuah masjid kayu lama yang dibina sejak 1735 pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin II.

Ciri Khas: Mempunyai lima kubah utama yang melambangkan lima Rukun Islam serta dewan solat utama berukuran 62 x 62 kaki. Ia pernah diiktiraf sebagai salah satu masjid terindah di dunia.

Masjid Zahir di Alor Setar, Kedah Terinspirasi dari Masjid Azizi di Tanjung Pura, Langkat

Mula dibina pada 22 Rabiul awal 1330H (11 Mac 1912) atas usaha YTM Tunku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah, tapak masjid ini pada asalnya ialah tanah pusara wira-wira Kedah yang gugur semasa mempertahankan Kedah daripada serangan Siam (1821).

Seramai 1019 orang mati syahid di Kuala Kedah semasa Siam melanggar Kedah pada tahun 1821 termasuklah juga syuhada yang mempertahankan Balai Besar yang berjumlah seramai 470 orang kesemuanya.

Keseluruhannya yang mati adalah sebanyak 1,489 orang syuhada kebumikan di tapak masjid Zahir ini.

Masjid Zahir di Alor Setar, Kedah Terinspirasi dari Masjid Azizi di Tanjung Pura, Langkat

Reka bentuk masjid ini diilhamkan daripada Masjid Azizi di Bandar Langkat, Sumatera Utara. Ia dihiasi lima kubah utama sebagai lambang lima Rukun Islam.

Upacara perasmiannya dilakukan pada hari Jumaat, 6 Zulhijjah 1333H (15 Oktober 1915) oleh Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Tunku Mahmud telah membaca khutbah Jumaat sementara baginda Sultan Abdul Hamid Shah mengimamkan solat Jumaat.

Ia dibina di atas Tapak Masjid Lama (Masjid Kayu) yang ketika itu boleh memuatkan 600 orang jemaah dalam pada satu-satu masa dengan berbumbungkan atap nipah.

Menurut sejarah apabila telah masuk waktu solat fardhu maka Jam Besar akan berbunyi dengan dulu alunan irama Nobat dan kemudiannya barulah azan akan dilaungkan di Masjid Zahir dan tradisi ini berjalan sehingga beberapa lama kemudian.

Ikuti WASPADA di Google Berita
Dapatkan berita terbaru langsung dari Google News.
Ikuti
Topik

Discussion

Bagikan pemikiran dan pendapat Anda

Belum ada komentar. Jadilah yang pertama berdiskusi.

Berita Terkait

Advertisement
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Advertisement