Padanan Perniagaan Penang–Medan 2026 Perkukuh Hubungan Malaysia–Indonesia
Oleh

Reading Comfort
adjust the font size
MEDAN, (Waspada.id) : Konsulat Jeneral Malaysia di Medan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan InvestPenang berjaya menganjurkan Program Penang–Medan Business Matching & Networking 2026 di Ballroom, Konsulat Jeneral Malaysia di Medan, Senin (6/7/2026). Program strategik ini bertujuan memperkukuh hubungan perdagangan dan pelaburan, selain meneroka peluang kerjasama baharu antara komuniti perniagaan Pulau Pinang dan Provinsi Sumatera Utara.
"Penganjuran program ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh hubungan ekonomi Malaysia–Indonesia, khususnya antara Pulau Pinang dan Sumatera Utara, selaras dengan usaha meningkatkan perdagangan, pelaburan serta hubungan rakyat dengan rakyat demi manfaat bersama," demikian ucapan alu-aluan oleh Konsul Jeneral Malaysia di Medan, Tuan Shahril Nizam Abdul Malek, bersama Asisten Administrasi Umum Sekretariat Daerah Kota Medan, Dr. Laksamana Putra Siregar.

Sebelumnya, program tersebut telah dirasmikan oleh YB Goh Choon Aik, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Pulau Pinang bagi Perdagangan dan Perpaduan Komuniti.
Kemuncak program menyaksikan impak ekonomi nyata melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Terradeca Sdn. Bhd. dan PT New Leverage Malindo Jaya. Langkah ini mencerminkan keyakinan tinggi sektor swasta kedua-dua negara dalam meneroka peluang kerjasama perniagaan yang lebih luas serta memperkukuh hubungan ekonomi dua hala.
"Melalui sesi padanan perniagaan dan jaringan yang diadakan, syarikat-syarikat dari Malaysia dan Indonesia berpeluang mengadakan perbincangan secara langsung bagi mengenal pasti potensi kerjasama, memperluaskan rangkaian perniagaan serta meneroka peluang perdagangan baharu dalam pelbagai sektor strategik," kata Nizam Abdul Malek.
Dalam program tersebut, InvestPenang turut membentangkan potensi pelaburan besar di Pulau Pinang sebagai hab utama industri semikonduktor, elektrik dan elektronik (E&E), ekonomi digital, teknologi makanan, logistik, penjagaan kesihatan, pendidikan, serta pelancongan. Hubungan ini diperkuatkan lagi dengan akses penerbangan terus yang kerap antara Medan dan Pulau Pinang, menjadikannya destinasi strategik bagi rakyat Indonesia.(id12)

Tambahkan situs ini sebagai sumber utama di Google untuk dapatkan berita eksklusif.
Topik
waspada
Berita & Media
Diskusi
Memuat…
Memuat komentar…

