Konjen Malaysia Sambut Gembira ASTINDO Travel Fair Sumut

  • Bagikan

MEDAN, ( Waspada); Konsul Jeneral Malaysia di Medan Encik Shahril Nizam bin Abdul Malek mengucap Syabas dan tahniah kepada ASTINDO Sumatera Utara dan semua pihak yang terlibat pada ASTINDO Travel Fair SUMUT 2024 atas kejayaan penyelenggaraan acara ini. Bagi beliau ini merupakan satu inisiatif yang amat baik mempertemukan pengusaha pelancongan di bawah satu atap bagi menawarkan berbagai pilihan pakej pelancongan yang menarik dan terkini.

Memasuki tahun 2024, setelah industri pelancongan terhempas akibat Pandemik Covid-19. Kini, industri pelancongan sedang dalam masa-masa bergerak dengan cepat untuk bangkit semula.  Saat semua orang tidak lagi takut untuk keluar dari rumah dan ramai di antara kita tidak sabar atau kangen untuk melancong semula.

Hubungan diplomatik antara Malaysia dan Indonesia pun telah terjalin hampir 67 tahun lamanya. Hubungan istimewa ini melangkaui batas sempadan dan ianya begitu terbingkai elok dalam aspek kebudayaan, bahasa, etnik, kecenderungan agama dan lain-lain lagi.

Kerana inilah industri pelancongan mempunyai signifikan yang amat besar. Disebabkan kita berjiran, Malaysia merupakan destinasi wisata yang favorit di kalangan rakyat Indonesia. Berdasarkan statistik, pada tahun 2023, lebih 3 juta rakyat Indonesia telah melawat Malaysia. Jumlah ini naik lebih dua kali lipat dari tahun 2022. Indonesia juga merupakan pasaran terbesar wisata medis di Malaysia. Pada tahun 2022, pelancong Indonesia merupakan 87% internasional pasien yang berobat ke Malaysia.

Konsul Jenderal Malaysia mengajak masyarakat Sumatera Utara untuk datang berkunjung ke Booth Tourism Malaysia untuk mendapatkan informasi berlibur, berehat, berbelanja, berobat hingga menikmati kuliner dan budaya khas Malaysia.

Booth Tourism Malaysia menghadirkan Maskapai penerbangan nasional Malaysia Airlines yang menawarkan diskon 30% manakala Firefly yang menawarkan special fare IDR850,000 return. Selain itu turut sama ReGen Rehab Hospital Selangor yang merupakan rumah sakit rehabilitasi bagi pasien pemulihan strok, pasca operasi misalnya, operasi jantung, lutut dan lainnya. Ada juga lucky draw disediakan.

Turut serta dari Malaysia juga adalah rumah sakit dari KPJ dan Sunway Medical Centre yang memeriahkan acara kali ini.

Bagi pihak Konsulat Jeneral Malaysia di Medan bersama-sama Tourism Malaysia akan terus bersedia untuk bekerjasama rapat dengan Pihak Berkuasa Indonesia dan Travel-travel agen di Sumatera Utara untuk merancakkan trafik pelancongan Malaysia-Indonesia. Semoga sasaran ketibaan 27.3 juga pelancong asing ke Malaysia tahun 2024 dapat dicapai dengan kerjasama ini.(m28)

Konjen Malaysia Sambut Gembira ASTINDO Travel Fair Sumut
Konsul Jeneral Malaysia di Medan Encik Shahril Nizam bin Abdul Malek (no 2 dari kiri)
  • Bagikan